Monday, July 21, 2008

Round Two Winner

The clear winner for the last round was cartoonrama with the following entry:



Los: Alamak! Sudah 6 Julai. Cepatlah cakap! Nak tiket percuma ke tak nak ni?
Perempuan itu: Aku pun tak tahu nak cakap apa. Hmmm... apa ya?
Los: Bantai aje, asalkan kelakar.
Perempuan itu: Kau hensem.


Congratulations cartoonrama!

Don't forget to check back on this page for the Round Three Voting which will begin within one week of the closing date, 3rd August!

9 comments:

alifstyle said...
This comment has been removed by the author.
alifstyle said...

Terima kasih buat mamasan,
rakan-rakan opis yang mengundi,
rakan-rakan blog dan semua pengunjung blog los dan faun yang kacak ini.

Terima kasih juga buat Zamri Mohamad ( finalist ), merangkap satu-satunya kawan saya yang jadi finalist di sini.Dialah yang memperkenalkan saya dengan blog yang kacak ini.

Tahniah juga buat Syahmi Abd Rahim dan Kartini Kasmuri. Anda juga hebat. Saingan rakan-rakan Syahmi cukup memberangsangkan. Kita lalui persaingan yang cukup menyeronokkan. Ingat! Kita sudah cipta rekod yang sukar dipecahkan... persaingan finalist round 2 ini sudah mencatatkan hampir 100 posting comment di blog ini.

Tahniah juga buat afdlin shauki. Pertandingan ini benar-benar membantu mempromosikan filem Los dan Faun. Rakan-rakan saya di ops dan kedai mamak selalu tanya saya, "Los dan Faun bila nak keluar aaa?"

Tahniah dan terima kasih!

MDM FARAH FAIZURA said...

so alifstyle

mana janji2 manis kau

ko ckp menang hari ni

esok harga minyak turun

mana?

Sindiket Soljah said...

blah la alif cartoonrama, kata menang nak belanja. mana?

alifstyle said...

Dingin
Minyak sudah turun.... tak percaya? lihatlah meter minyak kereta aku tu... kira turun la jugak

Sol-Jah
Kenapa aku tak ingat yang aku kena belanja kau makan ya? Haha hehe hihi hoho!


why you so serious?

Zamri Mohamad said...

Mula-mula apabila menerima kekalahan ini, saya mengadakan sidang media.

"Ini adalah konspirasi pihak atasan yang memanggil pengundi hantu. Macam-macam ada. Hantu jerangkung, hantu galah, cuma pelesit sahaja yang tak mengundi sebab tak ada tangan."

Saya mohon DNA alif atau cartoonrama diambil bagi mengesahkan kewujudan beliau. Mungkinkah ini satu lagi konspirasi makhluk asing yang cuba menjajah dunia?

Kita akan berjumpa di mahkamah restoran Bidayah depan ofis kau, biarlah nasi campur dan sirap limau menjadi hakim kepada kes ini.

alifstyle said...

Saya berhak tidak beri DNA pada sesiapapun. DNA saya hanyalah untuk isteri wannabe saya sahaja.

Saya bersetuju ke mahkamah restoran Bidayah dengan syarat, kos perbicaraan di bawah tangungan pihak pendakwa.

sekian

Zamri Mohamad said...

Semalam aku menerima salinan surat akuan bersumpah kau, tapi itu bukan surat yang patutnya kau beri,

"Aku mahu surat akuan bersumpah bukannya surat akuan sumpah seranah!"

alifstyle said...

Saya tidak tahu menahu fasal ini. Satu lagi taktik kerajaan Zamri menghalang kemaraan saya.

hahah heheh hihi hoho! ( Gelak style Joker jumpa Mafia )